Categories
Blog

Apa itu Virus Parvo? Selamatkan Kucing Kesayangan Anda Dari Virus Parvo, Tips Dan Petua (Rumput Helikopter)

manja-vitolic-gKXKBY-C-Dk-unsplash

written by Azlan Said

Apa itu Virus Parvo? Selamatkan Kucing Kesayangan Anda Dari Virus Parvo, Tips Dan Petua (Rumput Helikopter)

Hi Assalamualaikum semua kepada peminat2 kucing.. Admin pasti di luar sana mesti ada lagi yg tidak tahu apa tu virus parvo, virus parvo ni virus yg menyerang kucing2 anda dan sangat boleh membawa kematian, SERIOUSLY!! saintifik nya nama virus ni Feline Parvovirus (FPV), admin tidak akan ulas panjang secara saintifk nya pula sbb admin bukan doc vet cuma pencinta kucing hehe…info pun dpt dr pengalaman dan research kat google.

Tujuan blog ni adalah utk berkongsi info secara ringkas, sbb admin tahu di luar sana msti bnyk yang tidak tahu kewujudan virus ni dan menganggap kematian kucing korg secara mengejut di rumah sbgi benda yg tak dpt di elak. Mengikut pengalaman admin Virus ni dtg mcm bermusim, berjangkit sangat cepat, lagi2 kalau kucing korg bebas berjalan merayau sana sini lagi senang terjangkit sebab kita tak tahu dengan siapa kucing2 tu jumpa maklumlah mana reti nak social distancing haha…

Tapi walaupun memang menakutkan bila menenangkan nasib bulus2 korg yg comel tu, perkara ni boleh di elak dengan pengambilan vaksin utk bulus2 korang, sentiasa amalkan kebersihan kucing2 ni bersihkan selalu tandas dorg ganti pasir tu kerap, pastu klu jenis kucing yg bebas merayau2 ni selalu jer observe keadaan dorg, klu one day dorg tak rayau2 duduk rmh jak, nampak tak sihat ok sila cek simptom2 kat bwh ni…

Simptom Virus Parvo :

1. Kucing tidak bermaya, tiada selera makan
2. Selesma, Bersin, Mata berair
3. Demam
4. Muntah2 warna kuning, bulu2 sekitar mulut jadi hitam
5. Berliur meleleh2 bau busuk
6. Cirit Birit, tahi cair dan busuk

Pertama klu ada simptom2 di atas ni dan bulus korang banyak di rumah segera asingkan, admin ckp sekali lagi SEGERA ASINGKAN kucing yg sakit tu dengan kucing2 yang lain, Kuarantin kan kalau ada gelang pakai kan gelang merah hehe..ini yang perlu korg buat dulu asingkan kalau blh bilik lain sejauh yg mungkin.

Kedua sanitasi dan bersihkan sangkar, tempat makan, tempat tidor,tempat berak, tempat minum, semua bersihkan dengan detol, atau korg guna lah anything asalkan blh bersih dan sanitasi supaya virus2 tu sdh hilang kat tempat2 yg admin sebut tu, supaya kucing lain tidak terjangkit.

Ketiga sekarang kita bagi tumpuan kepada kucing yg sakit tu, well tak semesti nya ketiga, kalau dah teruk beri perhatian kepada kucing ni dulu, korang harus ingat virus ni takder ubat, kalau teruk bawa lah pergi vet, kat klinik mgkn kucing korg kena bg antibiotik ataupun tambah air, mengikut keadaan kucing tersebut tu vet tahu lah apa nak buat, tapi selalu nya memang akan di suntik antibiotik dan tmbh air klu betul2 dehydrated dah.

Okay masih ketiga, admin fhm kalau kucing ramai mcm blh buat dua team bola sepak kalau nak pegi vet offcoz kos macam nak buat kenduri,so pilihan lain yg ada kat klinik atau pet shop ataupun shoppe ada jual antibiotik utk bulus2 ni admin selalu guna IMMUNE SUPER PLUS utk mencegah virus parvo ni, tapi tu lah bergantung kepada keadaan kucing tu kalau tak serius ni pun dah cukup.. Di bawah ni admin ada bagi link Shoppee utk korang beli terus kat trusted shop ni, selain dr antibiotik ni ada juga vitamin, ubat demam, ubat batuk pendek kata all in one berharga RM30++ ikut kadang shop tu ada diskaun lgi murah lah.

ok masih lagi ketiga, ni utk rawatan ala kampung atau petua lah mcm tu, korang pernah dengar tak RUMPUT HELIKOPTER, ala dulu klu masa admin kecik sekolah agama admin selalu main tembak2 ngan rumput ni sebab kepala rumput tu blh tembak kat orang hehe, ok berbalik dengan rumput helikopter ni, selalu memang banyak tumbuh kat halaman rumah, tepi jalan mcm tu, ambik rumput ni dengan akar dier sekali, bersihkan lepas tu rebus sehingga mendidih air menjadi kemerah merahan, lepastu sejukan dan beri minum kucing yg di jangkiti parvo tu siang dan malam guna srynge, insyallah blh sembuh. Secara saintifik admin tak tahu apa kandungan rumput tu tapi insyallah mujarab sembuhkan kucing.

 

ok Keempat, dah sanitasi, dah asingkan, dah rawat kucing masa untuk take care kucing tu pula i mean dari segi makan dan minum kucing yg di jangkiti virus parvo tu, memang kucing akan hilang selera makan dan tak akan makan langsung apa lagi minum. Ini yg berakhir dengan kematian jugak ni, so yg keempat ni korang kena bagi kucing korang makan dan minum, bagi air glukos supaya dia bertenaga dan wet food utk kucing sakit tu, yg ni wajib dan crutial so memang kesian kucing akan resisit utk makan tapi kena jugak bagi…

Kalau dah buat semua kat atas tu insyallah dengan izin allah kucing korang kembali sihat, tapi tu lah mcm covid jugak kalau yg belom ada vaksin tu lepas kena covid sembuh tapi masih ada long covid, mcm ni lah jugak dengan virus parvo kalau kucing selamat dari virus ni kesan virus tu memang masih ada, pengalaman admin kucing admin hilang suara mcm serak2 basah jadi nya, bulu kucing admin pn mcm tak sihat, ahh mcm tu lah keadaan dia tapi yg penting sihat.

so thats all for this time, admin harap perkongsian admin ni sedikit sebanyak membantu korang merawat bulus2 kesayangan korang, jangan panic jangan takut ikut jer step admin bg tahu tu insyallah bulus kesayangan kroang boleh sembuh.