Categories
Blog

Tips Penjagaan Kucing

kate-stone-matheson-uy5t-CJuIK4-unsplash

written by Azlan Said

Tips Penjagaan Kucing.

Assalamualaikum and good day semua!. Sebagai peminat kucing admin sangat faham masalah masalah yang selalu di hadapi oleh mereka yang memelihara kucing. Orang selalu mengambarkan kucing ni haiwan yang comel, penyayang, pembersih dan senang untuk di urus, tapi kekadang orang tidak nampak sebenarnya memelihara kucing pun ada cabaran nya. Untuk post kali ini admin ingin berkongsi 3 tips yang sangat simple and boleh merubah apa pandangan anda tentang kucing. Tips penjagaan kucing ni sesuai untuk kucing peliharaan dalam rumah sahaja.

Tips pertama untuk masalah bau kencing kucing. Kadang-kadang kucing ni kencing merata untuk tanda kawasan atau kadang-kadang dorg buang tabiat just spray mana mana kat dinding, kat sofa, kat katil atau di mana mana sahaja yang dorang boleh spray walaupun tandas kucing sudah disediakan. Apa yang admin buat untuk menghilangkan bau kencing kucing ni admin ambil air paip masukan dalam mulut dan semburkan ke kawasan yang di kencing kucing beberapa kali. Mengikut skala yang anda rasa di mana kawasan yang di kencing, insyallah bau kencing tu akan hilang dan kemudian terpulang kepada anda untuk meneruskan cucian dengan air sabun dan sebagainya. Cara ni sangat berkesan untuk menghilangkan bau kencing kucing and its free.

Tips kedua untuk masalah kucing jantan yang suka tanda kawasan. Mengikut pemahaman admin, kucing ni tanda kawasan bila terdapat bau kucing jantan lain di kawasan mereka, especially kalau kucing jantan yang sudah cukup umur untuk mengawan sealunya mereka ni lah yang selalu spray kencing merata “hehe”. Tapi ikut jugak ada sesetengah kita sudah kembirikan kucing tu, jadi untuk tabiat yang suka kencing spray ni mungkin tiada, tapi kebanyakan kita jugak tidak kembirikan kucing jantan sebab untuk membiakan lagi kucing. Jadi masalah ini mungkin akan timbul. Jadi apa yang admin buat, kalau admin keluarkan kucing jantan dari sangkar dan bebas bergerak dalam rumah admin akan calitkan sedikit minyak wangi atau anything yang berbau kat dahi kucing tu, just enough untuk kucing tu dapat cium bau lain. Alhamdulilah so far kucing jantan admin tidak kencing merata untuk tanda kawasan “hehe”. Honestly admin not sure cara ni ada side effect atau tidak untuk kucing, but if you scared just guna anything natural seperti air daun pandan ke atau anything organic.

Tips ketiga pulak untuk masalah kucing yang berak merata. Kalau petua dari mak admin ambil kayu lidi ukurkan panjang kayu lidi tu mengikut panjang ekor kucing tu, lepas tu cucukan kayu lidi tu di kawasan/tempat kucing untuk berak. Mesti kucing tu boleh jumpa lidi tu dan berak kat situ lagi. Mungkin secara logiknya kucing ni berak kat tempat tu sebab faktor keselamatan diri dia, so the cat ussually will look for same place safe to do their business “hehe”. Petua ni boleh di guna pakai kalau kamu selalu bagi lepas kucing di luar kawasan rumah. Selalu kalau dalam rumah pulak offcoz kucing akan pergi cat littr box untuk do thier business. Kalau yang berpindah di tempat baru pun selalunya kucing akan pening sedikit untuk menyesuaikan diri, jadi petua ni boleh guna supaya si comel anda tidak berak merata. Mungkin bukan dengan menggunakan lidi tapi just bawa sedikit pasir cat litter yang lama tu campurkan kat cat litter box di rumah baru.

Itu lah sahaja 3 petua yang admin selalu buat untuk masalah-masalah yang kebiasaannya buat pemilik kucing jadi stress “haha”. Admin di rumah ni ada 17 ekor kucing jadi admin faham sangat memang ada antara kita semua yang kadang-kadang give up dengan masalah ni, mungkin kita ok tapi bila tetamu datang, kawan-kawan datang, keluarga mentua datang, saudara mara jiran tetangga datang mula lah tepis tepis hidung bila dalam rumah, ahh tu yang masalah tu. Jadi sebelum jadi apa apa, lebih baik kita buat sesuatu kan?. so semoga tips tips di atas dapat membantu anda semua terutama kepada peminat kucing. Bye.