Categories
Travel

Hounon Ridge Farmstay & Camping

IMG_9285_jpg

written by Azlan Said

Hounon Ridge Farmstay & Camping

Assalamualaikum semua, apa khabar korang? Sihat tak? Admin harap korang sihat walafiat, admin sihat alhamdulilah.. fuhh lama tidak update website admin, rasa macam rugi pulak bayar subscription tiap tahun beratus ratus tapi post susah betul mau keluar haha, at the end of the day siapa yang rugi admin sorang jugak hahaha..untuk pengetahuan korang admin langgan subscription untuk website ni, langgan hosting dan jugak domain, ok kalau ada yang berminat pasal ni admin boleh buat specific post semua tentang ni..untuk post kali ni admin mahu kongsi pengalaman admin berkhemah di Hounon ridge Farmstay & Camping di Bundu Tuhan Kundasang Ranau.

Bayangkan last time admin camping masa sekolah menengah kot, masa tu kalau admin tak silap khemah pun yang betul betul kain khemah oren biru tu pastu bagi palang kayu tengah tengah then ikat di tanah di setiap penjuru haha yang tu lah klu tidak silap admin dulu masa sekolah. Sekarang Khemah semua canggih, semua tersedia ngan besi nya, paku nya, tali nya dan pendek kata semua cukup lah. Kalau kamu ingat kartun drgaon ball, bulma ada tu kapsul kan baling saja tu kapsul boom terus siap tu rumah, haha tu just imiginasi admin saja tapi lebih kurang lah khemah sekarang, semua sudah ready just ikut ja instruction boom khemah terus berdiri, kalau dulu dulu masa camping time sekolah mana ada, kayu kena cari, pastu kain khemah tali pun beli ja di kedai hardware mana ada yang jual pasang siap khemah, mungkin ada lah masa tu tapi mahal kot..

so di jadikan cerita, admin with my 3 of my friends planing untuk bercamping, plan ni sebenarnya lama sudah dari dulu lagi semenjak aktiviti camping ni semakin trending, mana mana orang di socmed semua post pasal camping. Tapi tu lah bila plan tu progress nya pun slow lah, mahu beli khemah dulu, mau beli alat equipment berkhemah lagi, alat alat memasak lagi semua lah…haha..kalau tunggu benda tu cukup memang tidak cukup cukup lah hahaha..tingal plan yang nda pandai jadi jadi saja haha..tapi untuk trip kali ni admin dan kawan admin bxsagi jadi saja, walau teda cukup equipment tapi since tempat kami mahu pergi berkhemah tu menyediakan all the camping equipment so untuk permulaan ni we all decide okay just do it, so here we are…..

kami pilih Hounon Ridge Farmstay & Camping untuk tempat kami berkhemah, sebab tempat ni memang viral lah kalau di tiktok, insta, fb..bila tengok post post orang yang sudah pernah camping sini memang cantik, jadi sebab tu lah kami pilih tempat ni untuk berkhemah. Sebelum kamu decide untuk pergi sini macam biasa lah booking dulu, boleh contact dorang secara online semua detail ada dalam website dorang, contact dorang pastu booking lah tarikh yang kamu mahu.. Di sini dorang ada sediakan homestay, hostel bagi yang tidak suka berkhemah tu, tapi mahu menikmati pemandangan indah di tempat ni boleh lah sewa bilik dan yang group tu boleh sewa hostel, tapi bagi yang macam admin mau camping book camping entrance lah sebab tempat camping tu di sekliling halaman hounon ridge tu.

Hounon Ridge Farmstay & Camping ni sediakan most of the camping equipment, but offcourse korang kena lah bayar sewa untuk alat alat macam khemah, bantal, selimut, tilam, kelambu, and etc..tapi facility macam dapur gas, peti sejuk, kitchen essential semua di sediakan korang boleh guna secara percuma, tapi off course korang kena lah bertanggungjawab untuk menggunakan facility ni sebab bukan korang seorang saja yang akan guna, kena lah clean up selepas guna, put all the things where it suppose to be, and jangan lah control guna lama lama sebab orang lain pun mahu guna jugak, so this kind of responsiblity need to be precisely enforce if you know what i mean haha..admin pantang kalau benda benda macam ni buat other people not comfortable when you are around even in the short time.

other than that untuk yang muslim kalau kamu tidak bawa enough kitchen essential macam piring pinggan mangkuk semua tu, memang kena sediakan di sini tapi admin tidak berapa pasti siapa yang pernah guna alat alat tu, sebab kitchen macam ni memang universal siapa siapa pun boleh guna, so kalau korang risau if previous user ada guna untuk not halal food, korang bawa lah sedia sabun tahara untuk sertu sebelum guna alat alat tu, senang dan korang pun tidak lah rasa Was Was memanjang kan, infact bukan untuk ni saja admin kalau travel pergi mana mana and stay di airbnb memang admin sentiasa bawa sabun taharah ni..i put the link down below for you guyz to purchase it from shopee..

ok admin sebelum pergi sini memang banyak tengok orang punya post di socmed, mostly admin baca apa yang dorang tulis is keadaan jalan raya menuju ke hounon ni sangat lah tidak memuaskan. Bagi admin 50% admin setuju, 50% tu lagi dari dulu pun keadaan jalan raya tu memang macam tu, jalan kampung kegunaan penduduk yang tinggal di situ. Jadi bagi admin keadaan jalan raya tu masih lagi boleh di tolerate, tidak lah teruk sangat sampai tidak dapat di lalui. Boleh ja pun even kereta kancil ka viva ka axia ka senang senang ja tu tu sampai sana, mungkin beza dia keselesaan saja lah, kalau ada kelebihan menggunakan kereta 4×4, SUv, atau kereta yang tinggi tinggi tu even better. Mungkin keadaan cuaca perlu di ambil kira jugak bila pergi sini, waktu admin pergi memang hujan ada kawasan jalan raya runtuh separuh dari jalan raya tu di lereng bukit, memang bahaya jugak kalau di fikirkan..korang boleh tengok di vlog admin, a bit scary jugak hehe..

Emmmm Sebut pasal tanah runtuh ni, admin ucapkan takziah kepada manga tanah runtuh di batang kali baru baru ni, sememangnya berkhemah di kawasan tanah tinggi ni memang ada risiko nya, lebih lebih lagi kawasan Hounon Ridge ni memang kawasan lereng bukit. Sedikit menakutkan jugak bila fikir pasal ni, admin perasaan tempat tu memang tidak banyak sudah pokok pokok. Korang pun tahu kan kalau tidak banyak pokok, macam mana tu tanah mau stay sebab tiada akar akar pokok yang mau pegang dari runtuh, kalau kamu perasaan jugak di kundasang ni sekarang lereng lereng bukit makin banyak kena buat home stay, kalau 10 tahun dulu masih banyak penduduk kampung tanam sayur, so bila keadaan ekonomi yang memerlukan penduduk situ bergerak mengikut peredaran ekonomi semasa tapi dalam masa yang sama mungkin akan mengundang bala yang siapa siapa pun tidak tahu bila akan berlaku. BUkan admin cakap benda ni untuk menakutkan korang, admin just beringat dan sentiasa peka dengan keadaan sekililing lebih lebih lagi pasal cuaca bila berkunjung ke sini..tapi insyallah semua ok ye lah kemalangan ni mana mana pun boleh berlaku kan.

Selain daripada tu rasa nya HOunon Ridge Farmstay ni memang menyediakan perkhidmatan adventure yang terbaik lah untuk koarng kalau datang berkunjung ke sini. yang penting view mahal tu, view gunung kinabalu memang tersergam indah depan mata. Lagi satu tempat ni memang pendek kata hampir 24 jam boleh nampak gunung kecuali kalau bnyk awan lah, tapi tidak seteruk di kaki gunung di kundasang tu, kebarangkalian seharian tidak nampak gunung kinabalu pun boleh jadi, sebab masa admin di sini admin nampak awan putih tu sentiasa atas pekan kundasang. So stay di sini memang ada kelebihan jugak lebih lebih lagi kalau korang photographer, memang tidak menyesal lah. Boleh buat night time lapse milkyway huh memang cantik lah. Masa admin pergi sini hujan waktu malam tu so tidak dapat lah ambik timelapse.

fuh panjang gila doh admin membebel, admin stop sini dulu. Kalau korang ada pertanyaan komen saja di bawah tu atau korang boleh pergi saja mana mana admin punya soc med, my dm always open for any question and quiry. Oh ya di bawah ni jugak Admin letak Link vlog youtube yang sempat admin rakam masa di sana..enjoy ya