ok admin sebelum pergi sini memang banyak tengok orang punya post di socmed, mostly admin baca apa yang dorang tulis is keadaan jalan raya menuju ke hounon ni sangat lah tidak memuaskan. Bagi admin 50% admin setuju, 50% tu lagi dari dulu pun keadaan jalan raya tu memang macam tu, jalan kampung kegunaan penduduk yang tinggal di situ. Jadi bagi admin keadaan jalan raya tu masih lagi boleh di tolerate, tidak lah teruk sangat sampai tidak dapat di lalui. Boleh ja pun even kereta kancil ka viva ka axia ka senang senang ja tu tu sampai sana, mungkin beza dia keselesaan saja lah, kalau ada kelebihan menggunakan kereta 4×4, SUv, atau kereta yang tinggi tinggi tu even better. Mungkin keadaan cuaca perlu di ambil kira jugak bila pergi sini, waktu admin pergi memang hujan ada kawasan jalan raya runtuh separuh dari jalan raya tu di lereng bukit, memang bahaya jugak kalau di fikirkan..korang boleh tengok di vlog admin, a bit scary jugak hehe..
Emmmm Sebut pasal tanah runtuh ni, admin ucapkan takziah kepada manga tanah runtuh di batang kali baru baru ni, sememangnya berkhemah di kawasan tanah tinggi ni memang ada risiko nya, lebih lebih lagi kawasan Hounon Ridge ni memang kawasan lereng bukit. Sedikit menakutkan jugak bila fikir pasal ni, admin perasaan tempat tu memang tidak banyak sudah pokok pokok. Korang pun tahu kan kalau tidak banyak pokok, macam mana tu tanah mau stay sebab tiada akar akar pokok yang mau pegang dari runtuh, kalau kamu perasaan jugak di kundasang ni sekarang lereng lereng bukit makin banyak kena buat home stay, kalau 10 tahun dulu masih banyak penduduk kampung tanam sayur, so bila keadaan ekonomi yang memerlukan penduduk situ bergerak mengikut peredaran ekonomi semasa tapi dalam masa yang sama mungkin akan mengundang bala yang siapa siapa pun tidak tahu bila akan berlaku. BUkan admin cakap benda ni untuk menakutkan korang, admin just beringat dan sentiasa peka dengan keadaan sekililing lebih lebih lagi pasal cuaca bila berkunjung ke sini..tapi insyallah semua ok ye lah kemalangan ni mana mana pun boleh berlaku kan.
Selain daripada tu rasa nya HOunon Ridge Farmstay ni memang menyediakan perkhidmatan adventure yang terbaik lah untuk koarng kalau datang berkunjung ke sini. yang penting view mahal tu, view gunung kinabalu memang tersergam indah depan mata. Lagi satu tempat ni memang pendek kata hampir 24 jam boleh nampak gunung kecuali kalau bnyk awan lah, tapi tidak seteruk di kaki gunung di kundasang tu, kebarangkalian seharian tidak nampak gunung kinabalu pun boleh jadi, sebab masa admin di sini admin nampak awan putih tu sentiasa atas pekan kundasang. So stay di sini memang ada kelebihan jugak lebih lebih lagi kalau korang photographer, memang tidak menyesal lah. Boleh buat night time lapse milkyway huh memang cantik lah. Masa admin pergi sini hujan waktu malam tu so tidak dapat lah ambik timelapse.
fuh panjang gila doh admin membebel, admin stop sini dulu. Kalau korang ada pertanyaan komen saja di bawah tu atau korang boleh pergi saja mana mana admin punya soc med, my dm always open for any question and quiry. Oh ya di bawah ni jugak Admin letak Link vlog youtube yang sempat admin rakam masa di sana..enjoy ya