HI semua, Assalamualaikum. Harap semua nya dalam keadaan yang sihat walfiat. Walaupun kita masih dalam PKPP menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga diri, mematuhi SOP yang di sediakan untuk mencegah pandemic Covid-19 ni. Selepas kerajaan mengumumkan kelongaran pergerakan, melancong di dalam negeri sangat di syorkan untuk meningkatkan lagi ekonomi industri pelancongan tempatan.
So untuk blog kali ini, admin driving dari Beaufort ke Kota Belud untuk bermalam di Eko Pelancongan Kalangadanku di Kampung Nahaba Kota Belud. Konsep nya seperti di polumpong dan juga tagadan. Pengunjung boleh datang tanpa bermalam dan boleh juga bermalam. Konsep berkhemah sangat popular di sini, admin pun mengambil peluang ini untuk merasa sendiri pengalaman berkhemah di bawah bintang di kaki gunung kinabalu di tepi sungai yang air nya mengalir dari gunung kinabalu.
Kos serendah RM20 bagi mereka yang berminat untuk menginap di sini, kemudahan asas juga di sediakan, bagi mereka yang kekurangan peralatan khemah dan lain lain semua nya ada di sediakan cuma perlu membayar sewa sahaja. Banyak aktiviti riadah yang boleh di lakukan di sini terutama nya aktiviti sungai, hiking dan jugak aktiviti keluarga seperti BBQ dan sebagainya.
Walaupun admin datang cuma untuk semalam, tapi admin sangat berpuas hati dengan apa yang di sediakan, cukup untuk admin melupakan segala tekanan tekanan kehidupan haha..jadi bagi mereka yang ingin merasai hidup di kampung datang lah ke sini bersama keluarga, saya pasti anda semua pasti gembira datang ke sini..admin juga ada buat video untuk trip kali ini jadi boleh lihat video tersebut di channel youtube admin.