Categories
Travel

Pengalaman Memandu 450km Dari Perth Ke Albany

caleb-whiting-bau67pJBPcA-unsplash

written by Azlan Said

Pengalaman Memandu 450km Dari Perth Ke Albany

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Admin harap semua nya berada dalam keadaan yang sihat walafiat di samping keadaan semasa yang masih lagi berisiko untuk kita semua menjalani kehidupan seperti biasa. Jadi kalau keluar jangan lupa SOP dan yang paling penting untuk senantiasa memakai face mask, kerana nilai muka anda berharga rm1000. ok untuk blog kali ni, admin ingin berkongsi pengalaman admin memandu sejauh 450km di negara yang terkenal dengan kanggaro ni, pemanduan lebih kurang selama 5-6 jam ni daripada kota raya perth ke Albany National Park iaitu bahagian Western Australia.

Sebenarnya trip ni admin buat pada tahun 2017 bulan Oktober 3 hari selepas hari jadi admin. Untuk Perth trip ni, admin sangat gembira sebab kami masukan albany di dalam itinerary perjalanan kami, little that we know Albany ni sangat cantik dan terkenal dengan pemandangan semula jadi, Albany juga yang di kenali sebagai Rainbow Coast memang sesuai dengan gelaran tersebut, kerana air biru lautan hindi mengelilingi persisiran laut kota Albany. Natural Rock formation hasil dari ombak ombak lautan hindi jutaan tahun lepas menjadi tarikan utama untuk sesiapa yang bercadang untuk datang ke Albany Torrndirup National Park.

Memandangkan perjalanan memakan masa dalam 5 jam, kami memulakan perjalanan sekitar jam 4 pagi, berlepas dari rumah AirBnB yang kami sewa, selepas bersarapan kami terus packing barang masuk dalam kereta dan memulakan perjalanan. Keadaan yang sejuk buat mata kami tetap segar sepanjang perjalanan. Untuk pengetahuan semua keadaan memandu di Malaysia dan Australia adalah sama, jadi tidak lah kekok untuk kami memandu di sini. Keadaan jalan yang tersangat-sangat lah baik juga melancarkan juga perjalanan kami, sepanjang perjalan, kami tidak jumpa pun jalan yang berlubang semua nya di selia dengan baik. Agaknya admin perlu contohi Australia dalam meenyediakan public fasality kepada rakyat. Untuk navigation kami menggunakan Waze untuk ke Albany, sangat mudah dah senang, kami memlilih untuk melalui jalan darat bukan tepi laut untuk menjimatkan masa dan minyak, admin tahu jalan di persisir pantai sangat cantik tapi sangat jauh, tapi admin rasa jalan country side pun sangat cantik, seluas mata memandang. BIla dah luas tu angin lintang pun ada jugak, kadang kereta admin terasa bergerak ke tengah di tolak angin, so becarefull ya.

Pemanduan selama lebih kurang sejam keadaan masih gelap, cuma lampu lampu jalan sahaja yang menerangi keadaan sepanjang perjalanan, dan lebih kurang dalam sejam itu juga kami meninggalkan kota perth dan mula melalui jalan yang cuma ada satu lorong. Tapi seperti admin cerita tadi, keadaan jalan sangat baik. Lebih kurang jam 6 pagi kami sampai pekan pertama, kelihatan seperti pekan cowboy, teratur, bersih dan sangat segara udara di sana. Kami berhenti untuk mengisi minyak kereta, kami cuma menyewa kereta toyota corrola just enough for me and my friend. Isi minyak pun cuma minyak Ron 91, harga minyak berbeza-beza, semakin jauh stesen minyak dari bandar semakin mahal lah harga, so kami decide untuk mengisi penuh.

Selepas sejam perjalanan dari hentian pertama tadi, kami melalui satu pekan kecil lagi, malangnya admin tidak ingat nama town tersebut, tapi sepanjang melalui jalan di sana kiri kanan adalah ladang ladang gandum yang seluas mata memandang, sangat cantik dan tenang hati melihat. Seperti yang admin cakap tadi, admin sangat kagum dengan keadaan yang sangat bersih di sini, i feel like everyone here hold thier own responsibilities to not litter anywhere.Sempat juga admin berhenti untuk menerbangkan drone admin, tapi keadaan footage drone sangat tidak berkualaiti sebab drone admin rosak jatuh di hari pertama di perth haha.

Sekitar jam 8 pagi kami melalui lagi satu town, dan kali ni kami amat terkejut sebab town yang kami lalui ni nama nya Beaufort, which is the name of my home town too. Jauh jauh jalan pun nama beaufort tetap ikut haha, kami berhenti untuk mengambil gambar juga sebagai kenangan. Keadaan jalan yang lurus kadang kadang buat pemandu mengantuk, kami bergilir gilir untuk menjadi pemandu. Admin juga perasaan most kereta yang kami nampak di perth ni, dekat belakang bawah bonet kereta ada cangkuk untuk tarik Caravan, budaya orang down under yang suka bercuti bersama keluarga dalam caravan sangat lah tidak asing di sini, dan sepanjang perjalanan jugak banyak tempat tempat rehat yang menyediakan parking untuk caravan.

Dalam jam 8.30pagi akhirnya kami tiba di Albany, Sampai sampai saja kami berada di kawasan tanah tinggi dan dari situ saja sudah nampak pekan, perumahan tepi laut, kapal yacht mewah berlabuh. Albany ni sudah di istihar sebagai bandar pada tahun 1998. Keadaan yang sangat tenang di sini membuat admin terfikir kalau ada duit, mahu saja untuk berpencen di sini. tapi itu cuma angan angan haha. Setiba nya kami di Albany, kami wonder around seolah sesat dengan kecantikan alam semulajadi di sini, rupanya lokasi yang kami tuju belom lagi sampai, makanya masa ada sedikit terbuang. Selepas berehat untuk makan kami terus ke Torndirrup National Park, dan park ni ada banyak attractions antara nya The Gap, Albany Wind Farm, Natural Bridge, Jimmy Newels Harbour, The Blowholes dan banyak lagi.

Attractions yang admin sebut di atas tu sajalah yang admin sempat lawat, sebenarnya semua pun berdekatan, the location is next to one another, so lepas lawat satu keluar masuk satu lagi so sangat convinient. tapi yang tak convinient tu bila sampai satu kawasan tu admin dan kawan admin memang out timing sebab tempat tu memang cantik and nak bergambar puas puas, especially the Gap and The BlowHoles tu. Ya Allah cantik sangat, tak dapat admin nak gambarkan. so sebab dah lebih masa tak dapat lah lawat semua attractions.

Admin sempat terbangkan drone di Albany wind farm, tapi tak tinggi sangat sebab angin kat sini sangat lah  kuat. Albany wind farm ini ada 18 kincir angin semua nya, tahu tak Albany wind farm ni membekalkan tenaga electric hampir 80% di seluruh Albany dari tahun 2001 lagi. Alternative power source ni memang sangat penting, lagi lagi tempat yang angin kencang ni. So maybe Malaysia should comes up with something like this, its effiecient and tidak merosakan keadaan semualjadi berbanding nak bina empangan habis hutan. Albany wind farm ni sangat luas, kami tak sempat round habis sebab nak kejar masa, bila tengok vlog orang lain rasa geram plak sebab tak sempat pergi pantai kat wind farm tu. Lepas tu jauh jauh jalan kat sini jumpa juga sekumpulan orang malaysia, what a small world.

So selepas Albany Wind Farm kami pun bersedia untuk balik, sebab dalam itinerary selepas ni kami akan ke Wave Rock, tapi bila cek Waze it is way over the time limit, kami tersalah plan untuk timing, ingat kan boleh cover 2 places in one day, kat itinerary betul sebab time calculation is from perth not from Albany, rasa sedih jugak sebab tomorow is our last day here, kalau kami paksa jugak pergi takut tak sempat masuk sebab sampai dalam around jam 6 petang, so we both decide ok lets head back to perth. On the way back to sempat jugak berhenti makan, admin makan meggi je yang admin bawa, minta air panas kat gerai yang kami singgah, kawan beli jer makanan kat situ sebab dia non muslim. sempat juga tanya ada tak winery yang kami boleh singgah, pakcik tu cakap ada tapi kami tak jumpa hahaha, so direct balik terus.

Post instagram kat sebelah ni lah waverock yang tak dapat pergi tu, cantik kan..tapi sedih tak dapat pegi..its ok insyallah next time.

So i think thats all for now, full vlog in my youtube channel i will put the link down below. So pengalaman admin memandu di negara Australia ni bagi admin membuka mata admin lah, negara maju mcm ni hujung pelusuk kampung negara diorang pun facility sangat baik, orang kampung atau those people yang live at country side, still dapat jalan raya yang cukup baik. itu yang admin betul-betul nampak keadaan di sini, dalam hati admin berfikir mungkin wakil rakyat kat sini buat kerja dan tiada rasuah. Jadi semua duit peruntukan untuk kemajuan sampai di gunakan secara sempurna, kat Malaysia jangan cakap lah. Sedih geng. Dan lagi orang orang sini civic dorang sangat tinggi, kebersihan tu macam wajib untuk dorang, follow the rules, i think most of them follow esp kat jalan tu, elok je bawa kereta, jumpa jugak kereta yang di bawa macam pelesit, bila potong tengok offcoz lah Malaysian. tengok je tahu muka orang malaysia ,i dont need to specify how they look like but i know.haha.

Anyway thanks for anyone yang sampai baca ayat yang kat bawah bawah ni, rajin nau kau membaca yer. haha..kalau ada apa apa nak tanya, silakan comment kat bawah yer. Bye Assalamualaikum.