Categories
Blog

Pengalaman Dijangkiti Covid-19 Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin (Pfizer)

fusion-medical-animation-rnr8D3FNUNY-unsplash

written by Azlan Said

Pengalaman Dijangkiti Covid-19 Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin (Pfizer)

Assalamualaikum semua, apa khabar anda semua?admin harap anda semua sihat walafiat..hari ni admin ingin berkongsi tentang kisah kehidupan admin yang sekarang ni di timpa ujian dari Allah swt, akhirnya admin di dapati positif covid 19. Setelah 2 tahun menjaga SOP akhirnya sampai giliran admin juga kena virus ni. Admin redha di atas ketentuan nya, insyallah ada rahmat di sebalik ni. Seorang hamba allah itu tidak akan di uji kalau dia tidak mampu menghadapi nya, amin semoga admin di berikan kesihatan secepat mungkin dan tidak merebakkan lagi penyakit ni.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarng status covid daripada pandemik kepada endmik, mengikut pemahaman admin virus ni sudah berada di kalangan kita, macam mana elak pun akan pasti suatu hari nanti terkena. Endemik yg admin faham penyakit ni merujuk kepada penyakit dan wabak yang sentiasa wujud di kawasan tertentu, seperti malaria, denggi dan kini covid 19, jadi mahu tidak mahu kita semua terpaksa hadapi masalah ni. Jadi siapa yang belom ada vaksin untuk covid ni, admin nasihatkan pergi lah ambil vaksin untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga, sekurang kurang nya kesan tidak lah seteruk mana.

Bermula pada hari ahad 17 october 2021, admin ada kontak rapat iaitu kawan baik admin sendiri, kami mengunnjungi pantai untuk testing gambar iphone 13 pro admin yang baru sampai kata nya. Balik dari pantai tu keesokan hari nya kawan admin buat test covid dan di dapati posiitif. Dan di sini lah bermulanya kisah admin terkena virus covid 19, admin ambil keputusan untuk buat isolation, self kuarantin dalam bilik. Selama beberapa hari admin masih belum menunjukan sebarang simptom, cuma sedikit pening/migrain, tetapi pada hri rabu admin start rasa panas badan walaupun tidak serius sangat, admin start makan panadol dan malam tu admin ambil keputusan untuk buat self test. Test kit yang admin suruh anak buah admin belikan di farmasi, test kit sangat senang guna.

Sebelum pun habis 15minit berdasarkan arahan dalam kotak self test tu, admin sudah nampak garisan di bahagian T, ok admin tahu confirm positif sudah kalau macam ni. Selepas habis 15minit confirm admin kongsikan di whatsapp group family, admin rasa bersalah jugak akhirnya admin yang bawa virus ni ke dalam keluarga ni. Admin harap biar admin seorang saja yang kena virus ni. Bila tahu keputusan tu bermacam macam bermain di fikiran, tapi permulaan tu admin mula memberi tahu kawan kawan admin yang admin positif covid, syukur semua nya pun mendoakan yang baik semoga cepat sihat dan sebagai nya. Kadang sokongan kata kata semangat dari kawan kawan ni amat lah di perlukan pada masa begini.

bila mahu masuk masa tidor tu, ahh di sni lah anxiety mula menyerang, fikiran macam macam mula msuk satu satu dalam otak, perasaan takut tu datang balik, worst case senario semua berlegar legar dalam kepala, orang yang ada anxiety macam admin ni memang satu masalah jugak, kadang sampai jantung berdegup kencang boleh sampai sesak nafas jugak. Sebelum ni kalau masa tidur admin selalu macam seolah tercekik masa tidur terus terbangun dan masa tu trigger anxiety, admin akan berpeluh takut lagi lagi terbangun dalam gelap, dalam kepala admin admin sudah tidak bernyawa, terus panic pun menyerang. Apa admin buat admin akan bangun cari telefon untuk bagi terang bilik terus buka lampu, kemudian minum air. Yes admin tidak tipu macam ni lah admin selalu hadapi kalau anxiety ni datang, tapi syukur tidak lah setiap malam. Tu yang admin selalu tidor lambat supaya mengantuk betul then boleh tidor dengan nyenyak.

Kisah anxiety attack yang admin kongsikan di atas ni memang real tapi admin tidak pernah minta bantuan atau rawatan untuk benda ni, just sharing benda ni kat kawan kawan sahaja. So bayangkan lah admin punya anxiety attack tentang covid ni lagi lah teruk, bermacam macam worst case senario admin terpaksa proses one by one dalam otak, penat dan takut..Tapi admin pernah baca membaca surah 3 kul dan ayat kursi semasa anxiety attack tu, insyallah selalu nya admin akan tenang dan terus tertidor. Itu sahaja penyelamat admin dan admin amalkan bila jadi macam ni.

21 OKTOBER 2021
So di jadikan cerita hari Rabu 20 october tu kiranya admin hari pertama sebagai positif covid, keesokan hari nya admin pergi Klinik Kesihatan yang mana admin di soal siasat oleh petugas kesihatan, admin sangat tenang masa di sana sebab petugas kesihatan sangat baik dan cermat dalam menerangkan kepada admin apa yang perlu di buat dan sebagainya. Admin faham frontliner tu bertugas menggadai nyawa dengan risiko yang dorang kena tempuh hari hari, rasa hati kesian jugak tapi dalam masa yang sama bangga dengan mereka jugak.

Prosedur untuk kurantain sekarang amat berbeza sewaktu Malaysia masih di bawah vaksinasi yang rendah, sekarang vaksinasi sudah melebihi 90% untuk yang contact rapat dan positif akan di pakai kan gelang putih dan di arahkan kuarantin selama sepuluh hari. Mengikut stage keadaan kesihatan pesakit dan keadaan tempat kuarantin, doctor akan tentukan sama ada anda di kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin Doctor pilih admin untuk berkuarantin di rumah, atas beberapa faktor satu pusat kurantin penuh, kedua admin di stage 1 keadaan masih under control. Doakan kesihatan admin semoga badan kuat lawan virus ni.

Kuarntin di rumah ni ada syarat nya juga, semua kena asingkan, tandas, piring makan dan minum. petugas kesihatan nasihatkan admin untuk menggunakan piring sudu gelas pakai buang untuk mengurangkan risiko jangkitan. Tandas pun di asingkan, kalau berkongsi pasti kan di sanitize sebelum dan selepas guna, tapi kalau boleh asingkan lah. Admin masih juga risau keadaan di rumah admin sebab orang tua admin ada tinggal d rumah ni juga, admin berdoa semoga semua di hindari penyakit ni. Ohh untuk yang tinggal serumah jugak petugas kesihatan memberitahu tidak lah mewajibkan untuk buat test di klinik, even di pakaikan gelang tu pun satu option jugak. Dengan syarat self kuarantin jugak di rumah, dan tidak perlu buat ujian covid unless ada simptom, jadi orang rumah admin ambil keputusan untuk tidak memakai gelang tapi masih berkuarantin di rumah cuma kalau ada simtom seperti demam baru pg klinik. Admin berdoa semoga tiada lah ahli keluarga admin yang terkena virus ni.

Admin juga di bekalkan dengan borang kendiri assesement kesihatan, jika ada tanda tanda simtom yang serius terus hubungi 999 atau pergi ke hospital. Nasib lah admin sudah sediakan pembaca suhu, pembaca kadar oksigen sebab spo2 ni yang paling penting untuk mengelakan perkara yang lebih serius berlaku. So admin memang selalu cek paras oksigen admin, suhu dan makan panadol setiap 6 jam, admin jugak makan vitamin c untuk menguatkan imun badan. Selain tu admin jugak minum air leom yang dicampurkan ngan daun cengkih memang busuk tapi petua kan, so minum je lah. ok admin sign off untu hari pertama kuarantin.

22 OKTOBER 2021
Hari kedua admin rasa kesihatan admin bertambah baik, not macam admin fully sihat, tapi rasa demam tu sudah surut, rasa panas badan tu semakin kurang cuma macam masih ada rasa heavy sedikit di kepala jadi admin keep on makan paracetamol ikut masa 6 jam walaupun terbabas 30 min terbabas 1 jam. Admin teruskan juga untuk makan ubat sebab admin tidak mahu ambil risiko virus tu menyerang balik. Admin jugak start makan ubat selesma dan batuk sebab admin mula rasa rasa something not right di tekak, dan hingus pandai keluar sama hidung pandai tersumbat. So macam admin cakap tadi tidak mahu ambil risiko untuk buat virus tu kembali menyerang.

Sekarang jam 6.34pm baru selesai maghrib, now sambung tengok cerita CSI Las Vegas season 1, ni cerita baru ok, tapi masih ada pelakon pelakon lama tapi admin tidak faham kenapa dorang letak season 1 bukan sambung season yang lama dulu. Hari kedua keadaan yang penuh SOP ni sudah admin mula rasa seperti biasa sudah, tiada contact ngan family, tandas berasingan, makan pun di piring pakai buang, everything need to be precisely when come to sop, untuk mengelakan jangkitan. Bila ingat masa hari pertama admin pergi ke klinik tengok ada satu akak nurse tu, admin di suruh tunggu di kawasan khemah pengasingan tu satu akak nurse tu habis shift, jadi tgk dia buka semua PPE dari atas sampai ke bawah, allahu berpeluh habis baju seragam akak nurse tu, sedih tengok, lepas tanggal semua PPE, admin nmpk dia pergi kereta untuk ambil baju persalinan lagi, beberapa minit kemudian admin nampak akak nurse tu sudah tukar baju lain ngan baju seragama nurse tu sudah dalam beg. bayangkan lah hari hari macam tu?, allahu mesti penat kan..ye lah kerja dorang sangat berisiko jadi untuk tidak membawa lagi penyakit tu balik rumah terpaksa ikut sop ketat…memang admin kagum ngan frontliner..kudos to them..

23.OKTOBER.2021

Hari ketiga menjalani kuarantin, keadaan admin boleh dikatakan normal, suhu normal cuma migrain tu pandai datang datang, batuk dan selesma pun on off datang, so admin decide memang akan terus makan Panadol, ubat batuk dan selesma, sebab admin tidak mahu virus tu menjadi. Hari ketiga pula memang sangat mencabar untuk admin sekeluarga, bila kakak dan bapa mula ada simtom. Rasa risau tu Allah saja yang tahu, kakak mula rasa sakit kepala, bapa pula rasa panas panas badan. Admin makin rasa risau minta doa semoga ahli keluarga admin di jauhkan, tengahari tu admin suruh kakak buat test guna covid rapid test tu, syukur alhamdulilah Negative. Tapi sebab keadaan bapa yang berisiko admin dan sekeluarga decide untuk suruh bapa dan kakak ke emergency untuk buat covid test.

Admin sekeluarga tidak mahu ambil risiko sebab bapa admin sudah tua umur lebih 70 tahun, walaupun nampak bapa tu cergas sihat dari luaran tapi admin tetap tidak mahu ambil risiko. Jadi petang tu kakak dan bapa pergi lah hospital untuk buat swab test lagi pun keadaan bapa memang sudah mula demam dan batuk batuk. Balik dari hospital pulak kakak kemalangan bawa kereta admin, nasib lah tidak berlaku apa apa, cuma keadaan kereta yang agak bermasalah jugak, tapi yang penting dorang selamat sampai rumah..satu satu ujian datang timpa admin..Keputusan ujian bapa dan kakak mungkin akan keluar dalam masa 3 hari, buat masa sekarang cuma di arah kuarantin di rumah dan mereka pun di pakaikan gelang putih jugak. Bapa dan Mama malam tu juga tidur di asingkan bilik, admin hampir setiap jam cek suhu bapa dan oksigen bapa, tanya keadaan badan semua. Admin memang tegas cakap ngan bapa kalau ada rasa sakit, susah bernafas semua kena cakap jangan sembunyi, sebab tahu lah kadang orang tua diam jak. Alhamdulilah semua ok bila cek bacaan suhu dan oksigen,

24. OKTOBER.2021

Hari keempat admin kuarantin, alhamdulilah keadaan bertambah baik, badan pun kuat cergas tidak lemah, tapi kepala pandai datang datang migrain tapi tidak kuat, batuk pun masih ada cuma sekali sekala, selesma pula memang tidak kecuali admin terbersin memang akan keluar hingus. Mungkin kena covid ni alergic admin makin jadi lebih sensitif. Ohh untuk pengetahuan semua admin di arahkan untuk submit online health assesement kat website yang kkm bagi, just to inform keadaan kesihatan ada simtom,bacaan okisgen dan sebagai nya.

Rutin kuarantin hari ke empat tu sudah macam biasa, kakak yang tidak kena covid sediakan makanan, makan pun dalam bilik, guna piring pakai buang. Kami serumah semua pun makan berasingan bila fikir lucu jugak haha. Hari keempat ni admin perasaan bibir admin pecah dan terasa pedas kalau terkena air, kalau ikutkan memang admin banyak minum air tapi bibir pulak pecah, admin rasa hairan jugak. bila admin google rupanya kesan daripada makan ubat selesma yang berterusan tu yang buat bibir akan menjadi kering.. tapi sebenarnya admin suka jugak makan ubat selesma sebelulm tidur, lena sangat tidur lepas tu haha…rasa cukup tidor bangun bangun pagi jak rasa segar hehe..

25 OKTOBER 2021

Happy Birthday untuk admin, bayangkan hari jadi sambil kuarantin, sangat menyedihkan haha…Hari kelima kuarantin admin rasa sihat dan admin ambil keputusan untuk berhenti makan ubat sebab batuk, selesma dan sakit kepala tu memang tiada sudah. Deria rasa sepanjang kuarantin dari hari pertama Alhamdulilah tidak pernah hilang. Kalau mandi pun admin tidak rasa seram sejuk macam orang demam tu.. Kamu mesti boleh rasa kan kalau sakit demam tu mesti boleh rasa macam mana, sejuk masa mandi rasa lemah dan sebagai nya..Jadi admin rasa sangat bersyukur sebab mula rasa sihat, actually dari hari keempat pun simtom memang kurang.

Tapi betul lah orang cakap, ku sangka hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Keputusan Covid test bapa dan kakak sudah keluar, malangnya bapa dan kakak pun positif covid, keadaan admin sekeluarga balik cemas. Kakak dan bapa di arahkan untuk pergi ke PKRC untuk assesement selanjutnya, mula nya bapa memang tidak mahu pergi sebab keadaan bapa sebenarnya memang sihat demam pun tidak batuk pun mula reda sebab admin bagi bapa makan ubat on time selama dua hari tu. Bila kakak dan Bapa ke PKRC, pihak KKM arahkan bapa untuk berkuarantin di hospital Queen Elizabeth 1 untuk pantauan sebab bapa golongan berisiko. Rasa sedih dan bersalah admin Allah saja yang tahu, admin tahu bapa tu memang tidak suka pergi hospital apa tah lagi kena tahan di wad. Kakak pula cuma di arahkan untuk berkuarantin di rumah.

Sebelum bapa di hantar ke hospital, bapa di Xray dan ambil darah untuk melihat keadaan bapa yang lebih detail, alhamdulilah keputusan xray semua normal, covid stage 2 tapi bapa masih di hantar jugak untuk pantauan. Balik balik jugak cakap ngan bapa, jangan risau cuma untuk pantauan sahaja sebab di hospital peralatan semua cukup. Bayangkan hari admin birthday dapat pulak berita macam ni, admin lagi risau keadaan mak yang mula risau bila bapa kena tahan di wad, balik balik jugak cakap bapa tu sihat cuma untuk pantauan saja sebab umur bapa yang sudah lebih 70 tahun.

Malam kelima ni admin banyak banyak berdoa untuk kesejahteraan keluarga admin, rasa bersalah bawa penyakit masuk dalam rumah ni memang sentiasa berlegar legar dalam kepala..

26. OKTOBER. 2021

hari ke enam, hari pertama untuk bapa kena tahan di wad, mula mula tu cuak jugak sebab bapa tu first time kena tahan di wad. lagi lagi sebab covid ni confirm lah kami sekeluarga risau, rasa takut tu memang ada. Cuma saja admin dan sekeluarga sentiasa positif, sebab bapa tu sebelum kena tahan di wad masa di rumah lagi kelmarin memang dalam keadaan sihat, simtom nya tidak teruk. Kelmarin kami kelang kabut kemas barang barang bapa untuk stay di wad, alhamdulilah semua berjalan lancar cuma saja bapa ada cerita masa dalam ambulance bapa muntah sebab duduk memandang belakang jadi bapa mabuk dan muntah, kesian jugak dengar cerita bapa masa di telefon.

Tapi alhamdulilah keadaan bapa di wad sihat walafiat, kami sekeluarga rasa lega juga bila doctor sendiri cakap yang bapa memang ok dalam keadaan sihat tapi untuk lebih selamat dan mengurangkan risiko bapa memag kena tahan di wad selama kuarantin untuk pantauan. Bagi admin pula, kesihatan admin bertambah baik tapi kadang kadang kepala tu pandai datang rasa macam kena cucuk cucuk tapi tidak teruk just mild mcm tu, tapi untuk hari ke enam ni admin cuba tahan untuk tidak perlu ambil ubat. Melihatkan keadaan admin semakin baik, admin lah yang selalu cek suhu dan oksigen mama d rumah, alhamdulilah keadaan mama pun ok..

27  OKTOBER 2021

Genap seminggu admin kuarantin, Syukur alhamdulilah hari ketujuh admin rasa sihat dan tiada simtom langsung. Admin banyak habiskan masa menonton netflix dan movie itu saja yang admin dapat buat haha. Rutin kuarantin harian admin masih lakukan, makan di bilik tandas pun masih berasing, seperti yang admin baca dan di beritahu doctor virus corona semakin lemah bermula hari ketujuh tapi walaubagaimana pun sop penjarakan pengunaan mask harus di teruskan. Cuma admin hentikan penggambilan ubat cuma ambil vitamin C untuk menguatkan imun badan.

So basically hari ketujuh ni admin yakin kalau sesiapa yang kena covid selepas lengkap dua dos vaksin, insyallah simtom cuma setakat 1 & 2. Memang vaksin lah jawapan untuk virus ni selain sop yang memang kita harus jaga dalam kehidupan harian kita. Admin seru untuk yang masih belum vaksin tu, atau masih ragu ragu, admin lah testimonal yang real untuk keberkesanan vaksin tu, walaupun masih 7 hari tapi alhamdulilah badan admin dapat melawan virus corona yang jahat tu. Tapi mungkin juga jenis vaksin yang anda ambil mungkin memberi kesan yang berbeza, contoh kawan admin dia dapat vaksin sinovac simtom seperti batuk dan badan panas masih ada walaupun sedikit di hari ke 9 walaupun besok dia sudah potong gelang. Tapi seperti yang di maklumkan virus covid akan menjadi lemah dan mati bermula dari hari ke tujuh.

28 OKTOBER 2021

Hari ni genap sepuluh hari contact rapat admin kuarantin, alhamdulilah dia jugak berjaya melawan covid 19 ni dengan tiada apa apa masalah, hari ni dia potong gelang kuarantin walaupun mulaan tu dia sangat risau sebab memikirkan ahli keluarga dia alhamdulilah semua nya berjalan lancar dah cuma kawan admin saja yang positif dalam keluarga nya. Bagi admin pula hari ni hari ke 8, ya alhamdulilah keadaan admin memang sihat, admin boleh simpulkan sejak hari ketujuh admin memang sudah sihat sepenuhnya.

Bapa pula kuarantin di hospital queen, melalui pangilan telefon yang kami buat bapa alhamdulilah dalam keadaan sihat. Tidak perlu bantuan oksigen ataupun tambah air, rasa lega jugak admin bila keadaan bapa semakin baik cuma simtom simtom ringan memang masih ada, bagus jugak di hospital semua doctor pantau. Keadaan di rumah plak yang merisaukan admin mama menunjukan simtom simtom seperti batuk dan selesma, tapi tidak demam. Hasil dari admin memantau suhu dan oksigen mama kadang-kadang badan mama naik panas dan selesma dan sedikit batuk. Keadaan mama tu memang merisaukan kami jugak, di tambah lagi bapa di tahan di wad mungkin menambah runsing mama tu, so kami balik balik pesan dan bagi tahu mama yang bapa sihat di hospital cuma di tahan untuk pantauan sahaja.

29 OKTOBER 2021

Hari kesembilan admin kuarantin, tiba tiba batuk ada datang balik, tekak rasa gatal admin cepat cepat makan ubat batuk, alhamdulilah petang tu batuk hilang. Memang covid ni simtom tu on off, so kena awas dan kalau ada simtom terus makan ubat. Admin jugak amalkan selalu minum air kosong suam/panas, akibat nya memang selalu ke tandas haha selain makan vitamin C. So kalau anda terkena covid minum air banyak sangat penting.

Tengahari mama admin simtom masih ada, suhu bandan kadang turun naik tapi bacaan oksigen normal,simtom batuk dan selesma jugak ada tapi cuma rendah, jadi kami sekeluarga putuskan untuk bawa mak ke emergency untuk penelitian selanjutnya, mama kena swab, hasil check up daripada doctor di emergency alhamdulilah mak ok, simtom terkawal, sebenarnya sebelum ke Emergency kami dah ready packing barang mak incase kena tahan, tapi alhamdulilah mak tidak kena kena tahan, cuma di pakai kan gelang. Keputusan covid test cuma akan keluar dalam masa beberapa hari.

30 OKTOBER 2021

Hari ke sepuluh, eh bila kira balik rupanya admin kena kuarantin lebih kurang dalam 11 hari , kalau ikut hari ni boleh potong gelang tapi sebab hujung minggu sabtu ahad klinik kesihatan tutup maka nya terpaksa lah potong gelang hari isnin depan, but its ok its not like admin ada mua pergi mana mana pun. So far admin not really bother by the term of lock myself down at home, macam ntah relaks jak ni, mungkin jugak keadaan kesihatan admin yang alhamdulilah sihat. Simtom yang batuk kelmarin tetiber datang tu pun tiada sudah, tapi admin stop sudah makan ubat cuma kemarin ada ambil ubat batuk, vitamin c saja admin teruskan ambil.

keadaan kakak pulak dia kalau bercakap suara tu masih macam keluar dari hidung bunyi tu, so memang masih ada simtom selesma tapi dia pun tiada simtom yang teruk, semua pun simtom yang sangat rendah.

31 OKTOBER 2021

Jam 3 pagi admin di kejutkan ngan mama yang tiba tiba batuk mau muntah sebab rasa macam ada kahak, agak cemas jugak admin sebab mak tiba tiba batuk sampai tertarik tarik dada untuk bernafas, tapi bila cek oksigen bacaan normal suhu pun tidak demam, tapi admin ambil keputusan untuk suruh kakak bawa mak pergi emergency biar pun jam 3 pagi sebab admin tidak mahu ambil risiko. Admin sangat sangat takut melihat mama batuk macam seperti ada benda yang menyangkut kat leher, bila tanya mak cakap macam ada kahak, tu yang terus buat keputusan untuk pergi emergency.

Sampai di hospital keadaan mama kembali normal dan terkawal, tapi alang alang sudah sampai di hospital bagus lah dapat confirmation daripada doctor untuk bagitahu kami yang mama ok, Emergency unit di hospital memang sudah di sediakan tempat untuk pesakit covid jadi memang ada staff hospital yang sentiasa stand by di sana. Bila doctor buat check up mama ok, tekanan darah ok, bacaan oksigen ok doctor macam ada marah jugak sebab bawa pergi emergency malam malam. Kalau ikutkan admin dan adik beradik lain memang lah cemas bila jadi macam tu, kami pun bukan suka suka nak bawa mama ke hospital malam malam, tapi untuk kepastian bawa saja lah kan.

Pengajaran untuk kami jugak supaya tidak cepat panic, tu yang tiba tiba terus bawa pergi emergency waktu subuh. Alhamdulilah mama di suruh jugak balik, so far memang mama ok ntah lah mungkin semalam mama tersedak ngan air liur sendiri, sebab admin selalu tersedak waktu tidur sampai rasa nak tarik nafas tu susah sangat. ntah lah mungkin sebab tu. Tapi apa apa pun admin tetap bersyukur mama ok.

Hari ni hari terakhir admin kuarantin, besok boleh poton gelang sudah yeahhhh…sebenarnya 10 hari tu bila ingat balik macam tidak terasa jugak, tapi mungkin jugak sebab admin kuarantin di rumah. Bayangkan orang yang berkuarantin di PKRC, ada kawan cerita stress jugak di sana dan bosan, syukur alhamdulilah admin kuarantin di rumah masih dapat buat rutin harian seperti biasa cuma kali ni penuh sop haha…pengalaman lah katakan…

1 NOVEMBER 2021

ok admin akan tutup blog post ni sebab hari ni jugak hari admin potong gelang putih ni. admin sangat sangat bersyukur sebab admin berjaya menempuh dugaan covid 19 ni, masa mula mula kena tu admin tidak nafikan, memang admin ada rasa takut jugak. Macam mana kalau badan admin tidak dapat lawan virus ni, ada kah admin akan di tidurkan macam yang selalu nampak di berita sebelum sebelum ni. Rasa takut tu memang dapat admin rasa lebih lebih hari pertama dapat tahu positif tu, tapi tu lah bila baca online admin google statistic risiko sangat kurang apabila sudah lengkap vaksin.

Rasa lega dalam hati tu memang nampak sangat bila hari ketiga dan seterusnya simtom covid admin semakin lah kurang, syukur alhamdulilah admin ucap balik balik. So admin tegaskan di sini vaksin memang membantu, tengok lah kes kematian di malaysia sekarang menurun dengan mendadak kan!, sebab himunity kelompok sudah melebihi 90%. Apa yang dapat admin simpulkan Covid 19 sekarang bukan lagi pandemik tapi endemik seperti yang selalu di war warkan KKM, jadi kita kena faham yang covid ni sudah ada di sekeliling kita, tingal kita sahaja untuk menjaga diri patuh sop, pakai mask jaga penjarakan cuci tangan selalu, kena berhati hati.

Tambah tambah lagi kerajaan sudah benarkan merentas negeri, merentas daerah walaupun kita semua kebanyakan nya sudah bervaksin kena jaga diri jugak, sebab kuarantin 10 hari tu ambil banyak masa, kalau orang ada kerja menganggu jugak tu haha.. Pendek kata memang menganggu kehidupan harian kita dan jugak orang sekeliling kita. Suka jugak admin tegaskan bila kita ni kena covid dan sembuh, diskriminasi terhadap bekas pesakit covid ni memang ada ok, evend ari ahli keluarga kita sendiri sampai dorang takut untuk berjumpa kita, kadang terkilan jugak, bila fikir balik bukan admin mahu pun semua ni jadi tapi dah tertulis apa jugak yang admin boleh buat kan kan.

Bila fikir balik memang tugas kita semua bekas pesakit covid ni untuk bagi info yang betul kepada siapa siapa saja supaya mereka faham situasi selepas pesakit sihat, apa yang admin faham bila di terangkan oleh pihak KKM, bahawa selama sebulan ni virus tu memang masih ada dalam badan, tapi dari hari ke 7 dan seterusnya virus yang dalam badan tu sudah lemah dan akan mati seterusnya, dan tidak lagi akan menjangkitkan kepada orang lain. Tapi jangan lah sengaja kan dekat dekat tidak ikut sop, ikut saja sop tapi untuk terus takut berjumpa dengan pesakit covid ni kena stop lah haha.

korang harus ingat bekas pesakit covid ni imun dorang untuk 3 bulan ni memang extra tinggi sebab baru sembuh dari covid, itu yang mengikut pemahaman admin lah, and admin minta maaf kalau info ni salah dan sila lah comment kat bawah bagi info yang betul ya hehe sebab admin pun manusia biasa jugak buat silap haha..

So admin akan tutup blog ni di sini, semoga pengalaman admin menempuh penyakit covid 19 ni boleh jadi panduan atau at least bagi ketenangan pada diri kamu semua yang covid 19 ni kalau sudah lengkap vaksin insyallah tidak akan jadi teruk, semua selamat dengan izin Allah. So bye for now Assalamualaikum jaga diri, patuhi sop, jaga penjarakan, pakai mask bila keluar mana mana dan selalu cuci tangan atau guna sanitize bila pergi mana mana….