Assalamualaikum and good day semua kepada pembaca blog saya dan juga khususnya kepada kucing kucing lover di luar sana. Kali ini admin ingin share masalah yang selalu dihadapi oleh kucing kucing admin, iaitu masalah jangkitan parasit. Sedia maklum juga jangkitan parasit ini kalau tidak dirawat ia akan memudaratkan binatang peliharaan anda seperti kucing ataupun arnab.
Untuk post kali ini admin ingin mengkhususkan mengenai masalah kudis yang ada di telinga dan badan kucing. Cuping telinga kucing akan terdapat luka luka dan selalunya berdarah sebab kucing akan mengaru menggunakan kaki sehingga berdarah.Admin advice potong kuku kucing pendek dengan menggunakan pemotong khas supaya kuku yang dipotong tidak tajam. Luka di sekitar telinga kucing akan berdarah dan bila kering ia seakan berkeruping dan bila dicabut keruping tersebut akan berdarah. Selain dari itu parasit ini juga menyebabkan bulu kucing tercabut dalam bentuk bertompok di badan kucing. Arnab juga selalu menghadapi masalah jangkitan parasit, admin ada memelihara arnab sebelum ini jika tidak dirawat parasit tersebut akan tumbuh di hidung,telinga mostly,dan juga kuku.
Itin Vet Oral Solution rawatan yang paling berkesan admin pernah gunakan untuk kucing admin. Ubat ini dalam bentuk cecair boleh digunakan untuk luaran dan dalaman. Tapi admin bagi kucing admin minum ubat ni untuk mendapatkan result yang lagi cepat. Untuk luaran pulak bagi kudis kudis yang ada di badan kucing pun boleh disapu. Sukatan mengikut berat kucing, admin mengunakan syringe untuk memberi makan, kesan ke atas kucing selepas memberi makan ubat tersebut kucing seperti kena sawan, mulut keluar buih and jangan panic it only last about2-3 minit lepas tu kucing tu ok. Untuk masalah kudis kucing ni admin beri makan sehari sekali, selalunya admin cuma beri dua hari lepas tu stop and result nya sudah nampak hari ketiga. Kudis, luka, keruping akan menjadi kering.
Itin Vet Oral Solution ini selalu nya ada dijual di kedai-kedai pet dan juga boleh didapati melalui online shop seperti shopee. So admin harap post kali ini sedikit sebanyak membantu anda semua di luar sana dan bermenafaat kepada mereka yang baru memelihara binatang peliharaan seperti kucing ataupun arnab. So kita jumpa lagi dipost yang seterusnya, Bye.