written by Azlan Said
Whey Protein - TURUNKAN BERAT BADAN ? MEMBINA MUSCLE? HALAL? -VITAL WHEY PHARMANUTRI-
HI, Assalamualaikum semua. Harap semua nya dalam keadaan yang sihat walafiat dan paling penting sentiasa mengamalkan SOP tiap kali keluar rumah atau berurusan ke mana-mana. Kita jaga kita sebab kita belum menang dalam menangani isu pandemik ni, tapi admin harap dengan perlaksaan suntikan vaksin yang sudah bermula mudahan keadaan akan beransur pulih seperti sedia kala. Sangat lama juga admin tidak update blog admin, kerana kekangan masa dan yang sebenarnya memang admin malas, haha.
Untuk blog kali ni, admin ingin berkongsi satu produk yang admin baru beli iaitu Vital Whey – protein supplement keluaran Pharmanutri. Tapi sebelum admin cerita lebih lanjut lagi tentang produk ni, admin ingin kongsikan dulu kenapa admin beli produk ni secara ringkas dan padat. Oh lagi satu admin just buat research sendiri di website, menonton video pengguna di youtube untuk info info yang admin perlu sebelum membeli.
Back to October 27th 2020, selepeas 2 hari birthday admin, umur pun sudah mahu masuk kepala 4 haha, keadaan fizikal admin yang memang overweight dan BMI paras obesity, admin decide untuk take action on that matter. Berat admin masa tu 92kg dengan ketinggian 169cm, bayangkan lah betapa fail nya BMI admin. Mula-mula tu admin start dengan tidak mengambil sebarang gula atau makanan/minuman yang manis dan setiap hari admin akan buat reps workout/senaman di rumah with dumbell dan resistance band. First week admin buat secara perlahan, and offcourse seminggu tu badan otot muscle semua sakit, haha almaklumlah tidak fit, Lepas seminggu admin semakin add up count untuk reps workout tu. so at the end it build up jugak strentgh dan muscle admin.
Dalam masa 2 bulan admin berjaya kurang kan berat admin dalam 10kg more less, as the result 82kg macam tu lah, it feel so good when everything start to losen up, baju yang size M dulu-dulu sudah start boleh pakai tanpa rasa segan perut menonjol haha, admin sangat sangat happy and keep on my reps workout everyday. tapi the moment berat admin 81kg, rasa nya dalam 2 minggu macam tu berat admin stuck at that scale, tak naik tak turun walaupun admin masih jaga makan-tidak ambil manis, dan senaman. lagi satu selepas dua bulan buat workout tu muscle growth admin sangat slow, picit muscle kat lengan tu pun lembik jak haha macam kuih pau picit lembik haha….it really put my motivation down to the drain..mula-mula tu admin try buat extra masa workout, tambah reps untuk setiap routine at the end buat admin hilang motivasi sebab memikirkan alah penat nya mau buat..haha
Bila stuck dalam stage tu, sudah tentu lah admin start to lose hope dan motivation. Start feeling malas nak workout, lemah dan malas masa workout tu pun worst feeling jugak. So by that time admin start to tengok post post instagram Personal Trainer, and it did help me to gain back the motivation and give me alot of infomation about losing weight and muscle growth. So dari sini lah admin dapat idea tentang protein supplement dan cara cara senaman yang focuskan area area muscle badan. admin belajar tiga perkara yang paling penting that you need to keep that in mind.
the three important things are :
1. Motivation – apa yang motivate kamu untuk berubah, kalau kamu tahu goal kamu dan focus to that goal anything can be done, and tolong ingat tu tiap kali rasa kurang motivasi atau malas.
2. Diet – diet dalam erti kata lain bukan berlapar, diet dalam pengambilan makanan harian, tolong jaga apa yang masuk dalam badan anda, kurang kan manis, tahu kalori intake, tahu makanan mana yang sihat dan membantu dalam muscle growth.
3. Excercise – there is no way you going to lose weight without excercise. ya mungkin boleh kurus tak senaman tapi sihat kah anda? jadi bagi admin excercise penting, di rumah di gym atau mana mana pun tidak penting, yang penting excercise.
so walaupun 3 things yang admin sebut di atas tu memang admin amalkan, tapi admin masih tak dapat result yang betul betul admin mahukan sebab admin dari segi diet dan excercise tu maybe dlm 60% saja admin dapat fully focus. haha not failled but just not enough. dari segi diet admin tak cukup protien intake untuk muscle growth dari segi excercise plak admin suka menambah bilang routine di reps workout admin, as the result it slow me down, it make me weak just to even think about ahh banyak nyer lagi nak buat, ah mcm tu. this mindset will eat up your motivation, so admin advice just do your excercise but DO NOT OVER DOING IT. sebab result will takes time and korang kena sabar dan sabar tapi maintain the process at the end mesti dapat result.
So now we talk about WHEY PROTEIN haha, short and simple kata nya, sorry about that, admin memang suka melalut. Admin ambil masa ada lah jugak seminggu dua buat kajian, baca review, tengok video review di youtube tentang whey protein dan yang paling penting HALAL. So akhirnya admin beli VITAL WHEY keluaran Pharmanuti, ada sijil halal and its local company. Kandungan dalam vital whey ni 24g PROTEIN, 5.5g BCAA, 4G GLUTAMINE dan 0g Gula. 3 Kandungan nutrien tu sangat sangat membantu dalam muscle growth dan weight lose. Selain dari tu boleh jugak rendahkan kolestrol, tekanan darah tinggi, dan anti cancer.
Apa yang admin experience selepas penggunaan hampir sebulan, jujurnya berat maintain and paling admin nampak muscle lebih pejal and muscle growth tu ada lah nampak walaupun tidak secepat mana, sebab admin tidak pergi gym just buat senaman di rumah sahaja, but still memang nampak result.so i guess this product is not tipu but offcourse minum protein jak tanpa senaman result tak akan nampak so kena amalkan 3 important things yang admin sebut di atas. Perlu jugak admin bagitahu di sini main goal admin bukan lah jadi sado badan beketak ketak haha no!!..my goal is first to have my BMI dan sihat…
Kesan sampingan? banyak jugak admin baca tentang whey protein ni boleh rosakan buah pinggang, tapi hasil dari bacaan admin di website tentang kesihatan, kajian berkenaan whey protein adalah tidak merosakan buah pinggang langsung. tapi kesan sampingan seperti sakit perut, cramps,kurang selera makan,pening sakit kepala adalah antara yang tersenarai hasil pengambilan whey protein dan ianya bersifat sementara. walaubagaimana pun so far admin tidak mengalamai satu pun kesan di atas sebab admin ambil ikut sukatan yang di recommend iaitu satu scoop perday. So paling penting ikut lah sukatan yang di recommend jangan over intake, mungkin itu yang bagi kesan negatif pada kesihatan.
Sebenarnya ada jugak PT yg advice dan banyak jugak yang memilih untuk mengambil protien secara natural melalui pengambilan makanan yang tinggi protein. Sebenarnya ini yang paling terbaik bagi anda yang mempunyai masa dan budget untuk mendapatkan diet yang focus kepada protien. Makanan seperti telur, ikan, oat, susu dada ayam dan banyak lagi semua nya mempunyai protein yang tinggi, tapi di samping itu anda kena lah juga jaga pengambilan kalori dalam makanan anda. Sebab admin malas nak kira kira jadi admin ambik lah whey protein.
so untuk kesimpulan nya admin memang recommend pengambilan protein supplement ni, senang dan cepat dan result pun boleh nampak kalau anda work hard for it..hehe…ohh admin beli vital whey ni kat shoppee admin sertakan link di bawah untuk rujukan korang. Sekian terima kasih jumpa lagi..bye..kalau ada apa apa nak tanya just comment kat bawah yeh!!